Sulthonul Auliya Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani
Karomah-karomah Sulthonul Auliya Syeikh Abdul
Qadir Al-Jilani
Syekh
Abdur Qadir Jailani adalah adalah imam yang zuhud dari kalangan sufi.
Beliau lahir tahun 470 H di
Baghdad dan mendirikan tariqat al-Qadiriyah. Diantara tulisan beliau
antara lain kitab Al-Fathu
Ar-Rabbani, Al-Ghunyah li
Thalibi Thariq Al-Haq dan Futuh Al-Ghaib. Tahun wafat beliau tercatat
tahun 561 H bertepatan dengan
1166 M. Beliau adalah
seorang yang shalih . Bila dirunut ke atas dari nasabnya, beliau masih
keturunan dari Ali bin Abi Talib.
Nama lengkap beliau adalah
Abu Shalih Sayidi Abdul Qodir bin Musa bin Abdullah bin Yahya Az-zahid
bin Muhammad bin Dawud bin
Musa Al-Jun bin Abdullah
Al-Mahdhi bin Hasan al-Mutsana bin Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib ra.
Jumlah karomah yang dimiliki oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani banyak sekali:
Syaikh Abil AbbasAhmad
ibn Muhammadd ibn Ahmad al-Urasyi al-Jily:
Pada suatu hari, aku
telah menghadiri majlis asy-Sayikh Abdul Qodir al-Jilani berserta
murid-muridnya
yang
lain. Tiba-tiba, muncul
seekor ular besar di pangkuan asy-Syaikh. Maka orang ramai yang hadir di
majlis itu pun berlari tunggang
langgang, ketakutan. Tetapi
asy-Syaikh al-Jilani hanya duduk dengan tenang saja. Kemudian ular itu
pun masuk ke dalam baju
asy-Syaikh dan telah
merayap-rayap di badannya. Setelah itu, ular
itu
telah naik pula
ke lehernya. Namun,
asy-Syaikh masih tetap tenang dan tidak berubah keadaan duduknya.
Setelah beberapa waktu berlalu, turunlah
ular itu dari badan
asy-Syaikh dan ia telah seperti bicara dengan asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani . Setelah itu, ular itu
pun ghaib. Kami pun
bertanya kepada asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani tentang apa yang telah
dipertuturkan oleh ular itu. Menurut
beliau ular itu telah
berkata bahwa dia telah menguji wali-wali Allah yang lain, tetapi dia
tidak pernah bertemu dengan
seorang pun yang setenang
dan sehebat asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani .
Pada
suatu hari, ketika
asy-Syaikh sedang mengajar
murid-muridnya di dalam sebuah majlis, seekor burung telah terbang di
udara di atas majlis itu
sambil mengeluarkan satu
bunyi yang telah mengganggu majlis itu. Maka asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani pun berkata, “Wahai
angin, ambil kepala burung
itu.” Seketika itu juga, burung itu telah
jatuh ke atas majlis
itu, dalam keadaan kepalanya telah terputus dari badannya.
Setelah
melihat keadaan
burung itu, asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jilani pun turun dari kursi tingginya dan mengambil badan
burung itu, lalu disambungkan
kepala burung itu ke
badannya. Kemudian asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani telah berkata,
“Bismillaahirrahmaanirrahim.”
Dengan serta-merta burung
itu telah hidup kembali dan
terus terbang dari
tangan asy-Syaikh.
Maka
takjublah para
hadirin di majlis itu
karena melihat kebesaran Allah yang telah ditunjukkanNya melalui tangan
asy-Syaikh.
Telah diceritakan
di dalam sebuah riwayat:
Pada suatu hari, di
dalam tahun 537 Hijrah,seorang lelaki dari kota Baghdad
(dikatakan oleh setengah
perawi bahawa lelaki itu
bernama Abu Sa‘id ‘Abdullah ibn Ahmad ibn ‘Ali ibn Muhammad al-Baghdadi)
telah
datang bertemu dengan
asy-Syaikh Jilani, berkata, bahwa dia mempunyai seorang anak dara cantik
berumur enam belas tahun bernama
Fatimah. Anak daranya itu
telah diculik (diterbangkan) dari atas anjung rumahnya oleh
seorang
jin. Maka
asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani pun menyuruh lelaki itu pergi pada malam hari itu, ke suatu
tempat bekas rumah roboh, di
satu kawasan lama di kota Baghdad
bernama al-Karkh.
“Carilah
bonggol
yang kelima, dan duduklah
di situ. Kemudian, gariskan satu bulatan sekelilingmu di atas tanah.
Kala engkau membuat garisan,
ucapkanlah “Bismillah, dan
di atas niat asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani ” Apabila malam telah
gelap, engkau akan
didatangi oleh beberapa
kumpulan jin,
dengan
berbagai-bagai
rupa dan bentuk. Janganlah
engkau takut. Apabila waktu hampir terbit fajar, akan datang pula raja
jin dengan segala angkatannya
yang besar. Dia akan
bertanya hajatmu. Katakan kepadanya yang aku telah menyuruh engkau
datang bertemu dengannya. Kemudian
ceritakanlah kepadanya
tentang kejadian yang telah menimpa anak
perempuanmu itu.”
Lelaki itu pun pergi
ke tempat itu dan melaksanakan arahan asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani
itu. Beberapa
waktu kemudian, datanglah
jin-jin yang coba menakut-nakutkan lelaki itu, tetapi jin-jin itu tidak
berkuasa untuk melintasi
garis bulatan itu. Jin-jin
itu telah datang bergilir-gilir, yakni satu kumpulan selepas satu
kumpulan. Dan akhirnya, Datanglah
raja jin yang sedang
menunggang seekor kuda dan telah disertai oleh satu angkatan yang besar
dan hebat rupanya.
Raja
jin itu telah
memberhentikan kudanya di
luar garis bulatan itu dan telah bertanya kepada lelaki itu, “Wahai
manusia, apakah hajatmu?”Lelaki
itu telah menjawab, “Aku
telah disuruh oleh asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani untuk bertemu
denganmu.”
Begitu
mendengar nama
asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani diucapkan oleh lelaki itu, raja jin itu telah turun dari
kudanya dan terus mengucup bumi.
Kemudian raja jin itu telah
duduk di atas bumi, disertai dengan seluruh anggota rombongannya.
Sesudah itu, raja jin itu telah
bertanyakan masalah lelaki
itu. Lelaki itu pun menceritakan kisah anak
daranya
yang telah diculik oleh
seorang jin. Setelah mendengar cerita lelaki itu, raja jin itu pun
memerintahkan agar dicari si jin
yang bersalah itu. Beberapa
waktu kemudian, telah
dibawa
ke hadapan
raja jin itu, seorang jin
lelaki dari negara Cina bersama-sama dengan anak dara manusia yang telah
diculiknya.Raja jin itu
telah bertanya, “Kenapakah
engkau
sambar anak dara manusia
ini? Tidakkah engkau tahu yang dia ini berada di bawah naungan al-Quthb ?”
Jin
lelaki dari negara
Cina itu telah mengatakan
yang dia telah jatuh berahi dengan anak dara manusia itu. Raja jin itu
pula telah memerintahkan
agar dipulangkan perawan
itu kepada bapanya, dan jin dari negara Cina itu pula telah dikenakan
hukuman pancung kepala. Lelaki
itu pun mengatakan rasa
takjubnya dengan segala perbuatan raja jin itu, yang sangat patuh kepada
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani.
Raja
jin itu berkata
pula, “Sudah tentu, karena
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani boleh melihat dari rumahnya semua
kelakuan jin-jin yang
jahat.
Dan
mereka semua sedang
berada di sejauh-jauh
tempat di atas bumi, karena telah lari dari sebab kehebatannya. Allah
Ta’ala telah menjadikan
asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani bukan saja al-Qutb bagi umat manusia, bahkan juga ke atas
seluruh bangsa jin.”
Telah
bercerita asy-Syaikh
Abi ‘Umar ‘Uthman dan
asy-Syaikh Abu Muhammad ‘Abdul Haqq al-Huraimy: Pada 3 hari bulan Safar,
kami berada
di sisi asy-Syaikh Abdul
Qodir Al-Jilani Pada waktu itu, asy-Syaikh sedang mengambil wudu dan
memakai sepasang terompah. Setelah
selesai menunaikan solat
dua rakaat, dia telah bertempik dengan
tiba-tiba,
dan telah
melemparkan salah satu dari
terompah-terompah itu dengan sekuat tenaga sampai tak nampak lagi oleh
mata. Selepas itu, dia
telah bertempik sekali
lagi, lalu melemparkan terompah yang satu lagi. Kami yang berada di
situ, telah melihat dengan ketakjubannya,
tetapi tidak ada seorang
pun yang telah berani menanyakan maksud
semua
itu. Dua puluh
tiga hari kemudian, sebuah
kafilah telah datang untuk menziarahi asy-Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jilany.
Mereka (yakni para
anggota kafilah itu) telah
membawa hadiah-hadiah untuknya, termasuk baju, emas dan perak. Dan yang
anehnya, termasuk juga
sepasang terompah. Apabila
kami amat-amati, kami lihat terompah-terompah itu adalah
terompah-terompah yang pernah dipakai
oleh asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani pada satu masa dahulu. Kami pun bertanya kepada ahli-ahli
kafilah
itu, dari manakah
datangnya sepasang terompah itu. Inilah cerita mereka:
Pada 3 haribulan Safar
yang lalu, ketika kami sedang di dalam satu perjalanan, kami telah
diserang
oleh satu
kumpulan perompak. Mereka
telah merampas kesemua barang-barang kami dan telah membawa
barang-barang yang mereka rampas itu
ke satu lembah untuk
dibagi-bagikan di antara mereka. Kami pun berbincang sesama sendiri dan
telah
mencapai
satu keputusan.
Kami lalu menyeru
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani agar menolong kami. Kami juga telah
bernazar apabila kami sudah selamat,
kami akan memberinya
beberapa hadiah. Tiba-tiba, kami terdengar satu jeritan yang amat
kuat,
sehingga menggegarkan
lembah itu dan kami lihat
di udara ada satu benda yang sedang melayang dengan sangat laju sekali.
Beberapa waktu kemudian,
terdengar satu lagi bunyi
yang sama dan kami lihat satu lagi benda seumpama tadi yang sedang
melayang ke arah yang sama. Selepas
itu, kami telah melihat
perompak-perompak
itu
berlari lintang-pukang
dari tempat mereka sedang
membagi-bagikan harta rampasan itu dan telah meminta kami mengambil
balik harta kami,karena mereka
telah ditimpa satu
kecelakaan. Kami pun pergi ke tempat itu. Kami lihat kedua orang
pemimpin perompak itu telah mati. Di sisi
mereka pula, ada sepasang
terompah. Inilah terompah-terompah itu.
Telah bercerita asy-Syaikh
Abduh Hamad ibn Hammam:
Pada
mulanya aku memang
tidak suka kepada
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani. Walaupun aku merupakan seorang
saudagar yang paling kaya di kota
Baghdad
waktu itu, aku tidak pernah merasa tenteram ataupun berpuas hati.Pada
suatu hari, aku telah pergi
menunaikan solat Jum’at. Ketika itu, aku tidak mempercayai tentang
cerita-cerita karomah
yang dikaitkan pada
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani. Sesampainya aku
di
masjid itu, aku
dapati beliau telah ramai
dengan jamaah. Aku mencari tempat yang tidak terlalu ramai, dan kudapati
betul-betul di hadapan
mimbar.
Di kala itu, asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jilani baru saja mulai untuk khutbah Jumaat. Ada
beberapa perkara
yang disentuh oleh
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani yang telah menyinggung
perasaanku.Tiba-tiba, aku terasa hendak buang air
besar. Untuk keluar dari
masjid itu memang sukar dan agak mustahil. Dan aku dihantui perasaan
gelisah dan
malu, takut-takut
aku buang air besar di sana di depan orang banyak. Dan kemarahanku terhadap asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jilani pun bertambah dan memuncak.
Pada
saat itu, asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jilani telah
turun dari atas mimbar itu dan telah berdiri di hadapanku. Sambil
beliau terus memberikan khutbah,
beliau telah menutup
tubuhku dengan jubahnya. Tiba-tiba aku sedang berada di satu tempat yang
lain, yakni di satu lembah hijau
yang sangat indah. Aku
lihat sebuah anak sungai sedang mengalir perlahan di situ dan keadaan
sekelilingnya sunyi sepi, tanpa
kehadiran seorang manusia.
Aku pergi
membuang air besar. Setelah
selesai, aku mengambil wudlu. Apabila aku sedang berniat untuk pergi
bersolat, dan tiba-tiba diriku
telah berada ditempat
semula di bawah jubah asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani. Dia telah
mengangkat jubahnya dan
menaiki kembali tangga
mimbar itu.
Aku
sungguh-sungguh
merasa terkejut. Bukan
karena perutku sudah merasa lega, tetapi juga keadaan hatiku. Segala
perasaan marah, ketidakpuasan
hati, dan perasaan-perasaan
jahat yang lain, semuanya telah hilang.
Selepas
sembahyang
Jum’at berakhir, aku pun
pulang ke rumah. Di dalam perjalanan, aku menyadari bahwa kunci rumahku
telah hilang. Dan aku
kembali ke masjid untuk
mencarinya. Begitu lama aku mencari, tetapi tidak aku temukan, terpaksa
aku menyuruh
tukang kunci untuk
membuat kunci yang baru.Pada keesokan harinya, aku telah meninggalkan Baghdad
dengan rombonganku karena
urusan perniagaan. Tiga hari kemudian, kami telah melewati satu lembah
yang sangat indah.
Seolah-olah
ada satu
kuasa ajaib yang telah
menarikku untuk pergi ke sebuah anak sungai. Barulah aku teringat bahwa
aku pernah pergi ke sana
untuk buang air besar,
beberapa hari sebelum itu. Aku mandi di anak sungai itu. Ketika aku
sedang mengambil jubahku, aku telah
temukan kembali kunciku,
yang rupa-rupanya telah tertinggal dan telah tersangkut pada sebatang
dahan di situ.
Setelah aku sampai
di Baghdad, aku menemui asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani dan menjadi anak muridnya.
Telah bercerita asy-Syaikh
‘Adi ibn Musafir al-Hakkar:
Aku
pernah berada
di antara ribuan hadirin
yang telah berkumpul untuk mendengar pengajian asy-Syaikh. Ketika
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani
sedang berbicara, tiba-tiba
hujan turun dengan lebat. Beberapa orang pun berlari meninggalkan
tempat itu. Langit kala itu
sedang diliputi awan hitam
yang menandakan hujan akan terus turun dengan lebat. Aku melihat
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani
mendongak ke langit dan
mengangkat
tangannya
serta berdoa, “Ya Robbi!
Aku telah mengumpulkan manusia karenaMu, adakah kini Engkau akan
menghalau mereka daripadaku?”
Setelah
asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jilani
berdoa, hujan pun berhenti. Tidak setitik hujan yang jatuh ke atas kami,
pada hal di sekeliling kami
hujan masih terus turun
dengan deras.Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:
Pada
suatu hari, isteri-isteri
asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani telah bertemu dengannya dan telah berkata, “Wahai suami kami
yang terhormat, anak lelaki
kecil kita telah meninggal
dunia. Namun kami tidak melihat setitik air mata pun yang mengalir dari
mata kekanda dan tidak
pula kekanda menunjukkan
tanda kesedihan. Tidakkah kekanda
menyimpan
rasa belas
kasihan terhadap anak
lelaki kita, yang merupakan sebagian darah daging kekanda sendiri? Kami
semua sedang dirundung kesedihan,namun
kekanda masih juga
meneruskan pekerjaan biasa kekanda, seolah-olah tiada sesuatu pun yang
telah berlaku. Kekanda adalah pemimpin
dan pelindung kami di dunia
dan di akhirat. Tetapi
jika hati kekanda
telah menjadi keras sehingga tiada lagi menyimpan rasa belas kasihan, bagaimana
kami dapat bergantung kepada kekanda di Hari Pembalasan kelak?”
Maka
berkatalah asy-Sayikh
Abdul Qodir al-Jilani
“Wahai isteri-isteriku yang tercinta! Janganlah kamu semua menyangka
hatiku ini keras. Aku menyimpan
rasa belas kasihan di
hatiku terhadap seluruh makhluk, sampai terhadap orang-orang kafir dan
juga terhadap anjing-anjing yang
menggigitku. Aku berdoa
kepada Allah agar anjing-anjing itu
berhenti
menggigit,
bukanlah karena aku takut
digigit, tetapi aku takut nanti manusia lain akan melontar anjing-anjing
itu dengan batu. Tidakkah
kamu mengetahui bahwa aku
mewarisi sifat belas kasihan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam,
yang telah diutus
Allah sebagai rahmat untuk
sekalian alam?”
Maka
wanita-wanita
itu telah berkata pula,
“Kalau benar kekanda mempunyai rasa belas kasihan terhadap seluruh
makhluk Allah, sampai kepada
anjing-anjing yang
menggigit kekanda, kenapa kekanda tidak menunjukkan rasa sedih atas
kehilangan anak lelaki kita yang telah
meninggal ini?”
Asy-Syaikh
Abdul Qodir
Al-Jilani pun menjawab,
“Wahai isteri-isteriku yang sedang berdukacita, kamu semua menangis
karena kamu semua merasa
telah berpisah daripada
anak lelaki kita yang kamu semua sayangi. Tetapi aku sentiasa bersama
dengan
orang-orang yang aku sayangi. Kamu semua telah melihat anak lelaki kita di dalam satu ilusi yang disebut dunia. Kini,
dia telah meninggalkannya lalu berpindah ke satu tempat yang lain. Allah telah
berfirman (Surat al-adid, ayat 20):
“dan
tiadaklah kehidupan dunia ini melainkan hanyalah satu ilusi saja.”
Memang dunia ini adalah
satu ilusi, untuk mereka
yang sedang terlena. Tetapi aku tidak terlena – aku melihat dan waspada.
Aku telah melihat
anak lelaki kita sedang
berada di dalam bulatan masa, dan kini dia telah keluar darinya. Namun
aku masih dapat melihatnya.
Dia
kini berada di
sisiku. Dia sedang bermain-main di sekelilingku, sebagaimana yang pernah
dia lakukan pada masa dahulu.
Sesungguhnya, jika
seseorang itu dapat melihat Kebenaran melalui mata hatinya, sama dengan
yang dilihatnya masih hidup ataupun
sudah mati, maka Kebenaran
itu tetap tidak akan hilang.”
Telah
diceritakan
di dalam sebuah riwayat:
Pada suatu hari, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani berjalan-jalan dengan
beberapa muridnya di padang
pasir. Waktu itu hari
sangat panas, dan mereka sedang berpuasa. Oleh itu mereka merasa letih
dan dahaga.
Tiba-tiba,
sekumpulan
awan muncul, yang
melindungi mereka dari panas terik matahari. Setelah itu, sebatang pohon
kurma dan sebuah kolam air muncul
di hadapan mereka. Mereka
telah terpesona. Kemudian satu cahaya besar yang berkilauan, telah
muncul dari celah awan di hadapan
mereka dan kedengaranlah
satu suara dari dalamnya yang telah
berkata,
“Wahai
‘Abdul Qadir, akulah
Tuhanmu. Makan dan minumlah, karena pada hari ini, telah aku halalkan
untuk engkau apa yang telah
aku haramkan untuk
orang-orang lain.” Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun melihat ke arah
cahaya itu dan berkata, “Aku
berlindung dengan Allah
dari godaan syaitan yang terkutuk.”
Tiba-tiba,
cahaya,
pohon kurma dan kolam itu
semuanya hilang dari pandangan mata. Maka kelihatanlah Iblis di hadapan
mereka dengan bentuk rupanya
yang asli.
Iblis bertanya, “Bagaimanakah
engkau dapat mengetahui itu sebenarnya adalah aku?”
Asy-Syaikh
Abdul Qodir
Al-Jilani telah menjawab,
“Syariat itu sudah sempurna, dan tidak akan berubah sampai Hari Kiamat.
Allah tidak akan mengubah
yang haram kepada yang
halal, walaupun untuk orang-orang yang menjadi pilihanNya (waliNya).”
Maka
Iblis pun berkata
lagi untuk menguji
asy-Sayikh Abdul Qodir al-Jilani “Aku telah mampu menipu 70 kaum
daripada golongan as-salikin (yakni
orang-orang yang menempuh
jalan kerohanian) dengan cara ini. Ilmu yang engkau miliki lebih luas
daripada
ilmu mereka.
Apakah hanya ini jumlah
pengikutmu? Sudah sepatutnya semua penduduk bumi ini menjadi pengikutmu,
karena ilmumu menyamai ilmu
para nabi.”
Asy-Syaikh
Abdul Qodir
Al-Jilani menjawab, “Aku
berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui,
daripada engkau. Bukanlah
karena ilmuku aku
terselamat, tetapi karena rahmat daripada Allah, Pengatur sekelian
alam.”
Slotz Casino & Hotel - Mapyro
BalasHapusFree 강릉 출장샵 WiFi, free parking, and free valet parking at Slotz Casino & Hotel. Rating: 안양 출장샵 3 부산광역 출장마사지 · 3 동해 출장샵 reviews 아산 출장샵 · Price range: from $38